Sunday, November 30, 2008

Apple Cake

huhuhuuu... lapo nyer sejuk2 nih... request rakyat kat umah nih wpon tgh sejuk2 duk bwh selimut! 'mama lapo!' 'ayah pon lapo!' .. 'mama nih tak paham ker kitaorg lapo!' .. aku buat2 tarik gebor.. 'lapooooooo!' hah! amik ko suara harimau dah kuar! wakakakakaaa.... 'jahat' sungguh mereka2 ini! kihkihkih.... nih resepi kak yani aka mem beso myr tuh! thnx k.yani!

Bahan-bahan

  • 1 biji epal
  • 100g mentega-suhu bilik
  • 80g gula halus + 2 sudu besar gula
  • 2 biji telur
  • 100ml fresh cream/whipping cream
  • 150g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • hana tmbh pewarna kuning bg naik seri skit! heeee..

Cara-cara

  1. Bersih dan kupas kulit epal. Potong kecil-kecil lebih kurang 3mm. Gaulkan dengan 2 sudu gula(hana gune gula perang n tmbh cinnamon powder skit). Kemudian masak sehingga epal jadi lembut. Atau boleh juga masuk ke dalam microwave. Panaskan selama 3 minit.(hana lenyek halus sbb tkt anak2 tk mo mkn sbb ade BUAH! ) hihihi...
  2. Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula, pukul sehingga putih.
  3. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul.
  4. Lepas itu, masukkan fresh cream. Kacau sehingga sebati.
  5. Kemudian masukkan tepung yg telah diayak dengan baking powder. Kacau sehingga sebati.
  6. Akhir sekali masukkan epal+air (air yg keluar dr epal). Kacaukan. Lepas tu masukkanlah ke dalam loyang.
  7. Bakar selama 35 minit dengan suhu 180C ( hana up 10minit lg sbb tgh2 tk masak. n merekah pulak! huhuhuuu... )

Nasi Lemak

dah lama tak makan nasi lemak.. kebetulan semalam hb bli sotong putih... so amat sesuai la utk menu arini.. bf aka lunch skali... hahahaha... wat ngan ayam goreng berempah utk anakanda.. alhamdulillah semua orang selera..... :)

Popia Seaweed Chips

kretip nyer la org yg cipta idea nih... wat ngunyah2 depan tv syok juga! hehehehe... resepi amik kat myr by HaSue. thnx! kopipes dr sana la yerk... heeeee..

Bahan-bahan
  • 1 bungkus kulit popiah
  • 1 bungkus besar dried seaweed (yg sedia dmakan begitu sj tu)
  • 1 biji telur
  • 2-3 cawan minyak masak utk menggoreng
Cara-cara
  1. Pecahkan telur dlm mangkuk kecil dan pukul sedikit menggunakn garfu
  2. Sediakan sekeping kulit popiah. Sapu rata telur td di atas permukaan kulit popiah hingga mnutupi kseluruhannya
  3. Susun dried seaweed di ats kulit popiah yg sudah dsapu telur td dan tutupkan dgn sekeping kulit popiah lg. Ulang langkah yg sama sehingga kulit popiah/dried seaweed habis
  4. Gunting kulit popiah yg sudah ber'inti' td mengikut bentuk dan saiz yg dsukai. Pnskan minyak dlm kuali dan goreng sehingga kulit popiah agak kekuningan.. Angkat dan toskan.Naahhh..sdh sedia utk dmakan begitu saja atau bersama sos/topping kesukaan anda..kalo x habis leh simpan dlm bekas kedap udara..

Friday, November 28, 2008

Kek Lapis Puteri

ntah kenapa arini tekak nak makan kek lapis sarawak... tapi kalau boleh nak buat cara yg paling mudah. belek punyer belek resepi, berkonan ngan resepi HaSue nih.. bhn mudah cume dsebabkan xde browing sugar so aku tiru lak idea Man Rahman myr tuh... (dia buat lapis) inilah hasilnya.. muahahahaaaa... sajer aku tak nak letak nama dangdut tuh.. nnti gelek2 dangdut plak.. kihkihkih... buat setengah adunan jerk.. tapi silap guna loyang daa... kalau loyang kecik konpem lawo.. hehehe perasan masuk bakul! :D nih resepi yg asal yer tkde lapis2.. aku jek pandai2 nak melapis... heeeeee....

Bahan-bahan
  • 450g mentega
  • 1 gelas gula halus
  • 10 biji telur
  • 1 gelas tepung gandum
  • 2 gelas horlicks
  • 1 tin kecil susu manis
  • 1 botol browning sugar - xde ler
Cara-cara
  1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang/putih
  2. Masukkan telur satu persatu (pukul sekata baru masukkan telur seterusnya) hingga habis..
  3. Masukkan pula tepung gandum,horlicks dan susu pekat manis satu persatu sambil di adun rata. Setelah sebati,masukkan browning sugar dan kacau hingga warnanya sekata..
  4. Masukkan adunan ke dlm loyang yg sudah digris mentega dan ditabur tepung atau loyang dlapik kertas minyak.
  5. Pastikan pengukus sudah mendidih. Tutup loyang dgn aluminium foil(jgn ketatkn kerana kek akan naik ketika dkukus)cukup skadar utk mengelakkan air kukusan menitik dpmukaan kek.selain tu,boleh juga ltk kain di atas penutup pengukus utk mengelak hal yg sama berlaku.
  6. Kukuslah adunan kek selama 2 jam ke atas(org kate,lg lama kek tu dkukus,lagi thn la kek tu)..tp sy kukus selama 2 1/2 jam jer.dah sehari semalam kat luar,simpan dlm pt sejuk..mmg thn lama.
note: nih kalau nak melapis, pas step masukkan tpg,horlick n susu then kacau sebati (hana guna mixer), bahagikan kpd dua. ikut la kaler apa nak.. hana gune kaler ijau n kuning. then kukus la selapis2 lebih kurang 7-10minit@agak2 kering atas kek tuh.. pastu tuang lapisan seterusnya sampai la abis... bila dh abis melapis, kukus la lagi sampai cukup 2jam atau 2jamsetengah. hehehehe... itu la yg hana buat... :)

Sambal Udang Wangi

senang jer nak masak nih.. resepi asal dr k.rinn.. n aku cilok dr dapur k.ummi. jom layan resepi nih..kopipes dr umah k.ummi. hana tambah tomato.

Bahan-bahan
300 gm udang
segenggam udang kering - rendam dan tumbuk halus
3 sudu besar cili kisar
3 tangkai cili padi - cincang
3 tangkai daun kari
5 ulas bawang putih - cincang
1/4 cawan air
beberapa titis minyak bijan
minyak masak
garam
gula

Cara-cara
Panaskan minyak, tumis bawang putih bersama daun kari hingga naik bau. Masukkan udang kering, cili kisar dan cili padi. Tuangkan sedikit air dan biar mendidih. Masukkan udang dan minyak bijan. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul rata. Angkat dan hidang...

Ice Blended Avacado

punyer la lama gambo nih terperap dalam pc sampai lupa nak kuarkan.. hahahaha... rasanya minggu lepas kot aku buat nih... masa tuh duk sembang ngan k.min.. dia yg suggestkan wat alpukat.. tapi yg nih aku iced blended kan... hihihi.. sedappppppp!! ppon mekasih k.min! sukatan nih agak2 la yer.. heeeee...

Bahan-bahan
  • buah avocado
  • susu segar
  • gula (klu tk mo manis tkyah letak sbb coklat dh manis)
  • kiub ais
  • coklat hersheys
Cara-cara
  • kupas kulit avacado. potong dadu.
  • masukkan dlm blender. add susu, gula dan kiub ais. (klu syg blender gune ais hancur :) blend smpai avocado hancur.
  • tuang choc.hersheys dlm cawan. n masukkan avacado td.
  • bleh tmbh ais jika mau lebih sejuk.

Nasi Goreng

bf arini...nasi goreng biasa... gune paste CKT (lebihan wat kuey teow aritu) and add serunding daging, keropok belinjau, n telur separuh masak (request en.hbku) .. tu jek! simple n sedap! nyum nyumm...

Thursday, November 27, 2008

Sankanbi d youchien

arini ari ibubapa kat tadika danish.. so mak bapak kene datang tgk aktiviti anak2, bincang perkembangan anak2 camne... epi juga la tengok! kitaorg dtg dh terlewat skit, so ada aktiviti yg kami tk sempat tengok.. huhuuu.. org jepon nih klu kata kul 10, kul 10 la stat..yg kitaorg biasa la kan dh nama melayu.. dtg kul 10.30! huh! rugi rugii.....

sensei tuh cter, danish nih ade 'gelfren' nama dia Haruna. kalau danish tk dtg mula la si haruna tuh monyok satu hari! mmg close gler la dak duorg nih! sampai mak bapak haruna pon tau keakraban diorg nih.. cume sensei kata, tahun depan diorg tak satu sekolah.. camne gaknyer nnti ilang pakwe n makwe..wakakakaa... ade2 jek la budak2 nih.... at least danish dh pandai bergaul ngan kwn2 asing.. alhamdulillah...


Makan....

arini en.hb coti.... so pas amik danish blk skool dia ajak makan kat restoran depan umah nih.. huhuuu lega ati aku! sbb mlm nih nak g jamuan ngan org german, so my laling ckp tk yah masak la... yabedabeduuuuu... ilexxx aku ali ini! heeeeee..... menu biasa kat Tengu cam kat atas nih la sbb tak semua leh makan... layannn...... :)

Deep Fried Chicken Nugget

wat bento anakanda danish arini... sonang kojo! huhuuu... resepi asal dr k.jun.. tapi ina modified skit2 mengikut citarasa anak tokak amber ni la! heeee.. sory k.jun! ngeh ngeh ngeh.. arini bz skit.. ada projek! layan la dulu yg ni yer............... :)

Bahan-bahan

  • 2-3 ketul ayam tanpa tulang-dipotong kiub
  • Bahan perap:-
  • @ 3 sudu besar soya sos/kicap cair
  • @ 2 in halia-diparut
  • @ 2 ulas bawang putih-diparut
  • @ sedikit serbuk lada hitam/lada sulah- bleh gune serbuk lada klu mahu pedas lg
  • @ 1/2 sudu kecil serbuk rempah 5 - nih hana tmbh
  • @ sedikit garam
  • Bahan salut:-
  • # 2 sudu besar tepung jagung- hana gune tpg ayam je
  • # 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 biji telur - kocok2 (nih hana tambah)
  • Minyak untuk goreng terendam

Cara-cara

  1. Gaul ayam dengan semua bahan perap dan biarkan selama 30min.
  2. Campurkan tepung jagung dan tepung gandum.(hana gune tpg ayam je.. )
  3. Golekkan ayam kedalam campuran tepung dan masukkan telur, gaul sekali. Goreng hingga kekuningan. Hidangkan bersama sos cili dan mayonis.

Wednesday, November 26, 2008

Apam Indonesia @ Ambon

konon2 nk wat apam mekar....tp tak konpiden la...sbb takut tak mekar setaman.. tapi tekak nk makan apam jugak! so belek punyer belek, berkenan kat apam indon nih... godeh punyer godeh siap! masuk la periuk kukus, semak balik resepi... laaaaaa... luper baking powder! muahahahahaa... so jadilah apamku yang tk cukup naik! huhuuu...tp rasa tetap menten sodapp! lembut u! anak i pon suker! thnx tuan empunyer resepi... :) resepi yg asal layer 3 lapis. tapi hana marblekan selang seli jek.. ngeh ngeh ngeh...

Bahan-bahan

  • 5 biji telur
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 300 gm tepung gandum
  • 300 gm gula halus- nih hana kurangkan
  • 250 ml susu segar @ santan (hana pakai susu segar je)
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • sedikit garam
  • pewarna

Cara-cara

  1. Sediakan kukusan.Untuk mengelakkan air menitik ke atas kek, balut penutup dgn sehelai kain.
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder.
  3. Campurkan garam ke dalam susu.
  4. Putar telur dan ovalette pd kelajuan tinggi hingga kembang.
  5. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan esen vanilla.
  6. Kurangkan kelajuan mixer. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu.
  7. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Masukkan perwarna yg disukai.
  8. Sapukan loyang dg sedikit marjerin.kemudian taburkan sedikit tpg. (cara ni saya guna utk elak adunan dari melekat bila masak nanti)
  9. Masukkan adunan adunan pertama ke dlm acuan. Kukus selama lebih kurang 10 minit atau smpai bhgn atas tu tak melekat.
  10. Ulangi langkah (9) dgn adunan kedua.
  11. Masukkan adunan terakhir dan kukus lagi selama 30-40 minit.

Tuesday, November 25, 2008

Kuih Ketayap @ Gulung @ Dadar

kuih yg sonang baitu...tp sebab dh lama tak buat jd susah baitu.. (eh ade ke istilah nih! muahaha) resepi amik kat myr. thnx la yerk tuan empunyer resepi! gune kelapa kering jer..huhuhuuu.. sodap jugak! :D

Bahan-bahan

  • utk kulit
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 2 helai daun pandan
  • 1 1/2 cawan santan (boleh diganti dgn fresh milk)
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Beberapa titik pewarna hijau
  • utk inti
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 3/4 cawan gula merah (boleh dikurangkan)
  • 1 helai daun pandan
Cara-cara
  1. untuk inti; Masukkan kelapa parut dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
  2. Untuk kulit; Kelapa parut tadi di blend dengan daun pandan dan perah, ambil patinya. Jika u all guna santan segera, just blend dengan daun pandan dan tapis. Ambil tepung masukkan ke dalam mangkuk letakkan secubit garam dan campurkan pati santan yang telah di blend dengan daun pandan tadi. Kacau sehingga sebati . Kemudian masukkan telur serta minyak dan kacau lagi. Jika u all nak warna original ketayap tak payah guna pencelup, sebab warna daun pandan tadi akan membuat adunan tadi warna hijau, jika u all nak tambahkan sedikit lagi perwarna, letaklah 2-4 titik ke dalam adunan anda.
  3. Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis. Siap untuk disantap.

Nasi Tomato

makan nasi nih ngan ayam glazed tuh...ermm nyum nyummm... resepi amik kat dapur k.ummi. asal oleh Che De Sam. meh tengok resepi! thnx both of u!

Bahan-bahan
5 cawan beras basmathi - cuci dan toskan.
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2 sudu besar marjerin/minyak sapi
5 sudu besar minyak
garam
air (ikut sukatan - 5 cawan jugak)
daun pandan/daun sup
Bahan Tumis
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji buah pelaga
3 kuntum cengkih
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

Cara-cara
Gunakan periuk nasi elektrik dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah tumis ke dalam minyak hingga naik bau. Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambahkan air dan biar mendidih. Masukkan beras dan daun pandan. Alihkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan nasi masak seperti biasa. Bila telah masak, kacau rata perlahan-lahan. Hiaslah dengan bawang goreng dan tabur daun sup.

Honey n Lemonade Glazed Chicken

tengok aritu suzi wat chicken nih, terus tanya camne nak buat...bila dh mintak resepi kenelah gheti2 nak buat! ekekeke.... nama sebeno resepi ni tak tau nak kata apa.. suzi tulis glaze chicken dot dot dot.. so pandai2 hana letak nama baru! muahahaa... ampunn suzi... :D tp sedap la ayam nih! anak hana ratah cenggitu jerk.. lagi satu sbb tk pedas. sesuai utk anak2 yg tk mkn pedas.. meh tengok resepinyer...kopipes yer suzi n tQ banyak2! :)

Bahan-bahan:
  • 8 keping peha ayam
  • 1/3 cawan sos tomato
  • 1/4 cawan honey
  • 1 1/2 tbsp jus lemon
  • 3 tsp parutan halia
  • 3 tsp minyak bijan
  • 3 tsp kicap cair
  • 1/4 tsp serbuk chinese 5 spice
Cara-cara:
  1. Satukan semua bahan dalam mangkuk dan gaul sebati.
  2. Perap ayam dengan bahan perapan tersebut selama sekurang2nya 20 minit...lagi lama lagi bagus....
  3. Panaskan oven pada suhu 200 C/180 C.
  4. Angkat dansusun ayam dalam tray (tinggalkan sedikit baki bahan perapan).
  5. Bakar hingga masak. Selalu balikkan dan sapukan dgn baki bahan perapan tadi.

Monday, November 24, 2008

Gift dr K.IntanJB n Award dr KakChik

syukur sangat sejak akhir2 murah rezeki ngan cenderahati n awards dari kawan2... trima kasih kerana semua menghargai persahabatan ikhlas yang hana hulurkan... moga persahabatan kita ini akan terus berpanjangan... aminn... yang nih pemberian dari kakchik! thnx yer kakchik... hana dh framekan... maaflah kalau kecik sgt..hihihi...

yang nih plak, hana terima dari kak Intan yg duk JB tuh... mekacih yer k.intan! dah framekan... tapi bila check blk tertinggal dua daaa! hahaha.. ampun yer kak... mintak halal yg dua tuh... hihihi... mekacih banyak2 igt kat hana ni yer... mmuahh! caayunk akak! :)

Kuih Bom @ Onde-onde

dah lama tak makan kuih nih... terhingat2 dulu kecik2 suka beli ngan wak aji jual kuih.. dh arwah wak aji tuh.. kuih peberet arwah atuk.. suka betul dia makan kuih nih.. maklum ler xde gigi.. hehehe.. alfatihah utk arwah atuk ngan wak aji.. resepi amik kat dapur noreen... thnx noreen. x meletup pon! dan alhamdulillah tak merekah.... tapi hana gune bijan dh sangrai tuh pasal kaler terlebey brown..better gune bijan putih..:)

Bahan-bahan
Bahan2 untuk doh:
200gm tepung pulut
1 camb tepung gandum
1 camt air kapur
200ml air
secubit garam
bijan secukupnya
minyak untuk menggoreng
Bahan2 inti:
1/2 biji kelapa parut
60gm gula melaka/gula merah
20gm gula pasir
50ml air

Cara-cara

  1. cara membuat inti: jerang gula melaka, gula pasir dan air sehingga larut
  2. kemudian tapiskan ke dalam kuali dan masukkan kelapa parut
  3. kacau di atas api sederhana panas sehingga inti agak kering
  4. angkat dan biarkan sejuk sementara membuat doh
  5. cara membuat doh: masukkan kedua2 tepung dan garam ke dalam mangkuk adunan, kacau rata
  6. kemudian masukkan air kapur dan air sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh dan tidak melekat ditangan
  7. bahagikan doh kepada 15 biji dengan setiap satu seberat 30gm (saiz bergantung pada masing2) dan bentukkan menjadi bulat
  8. setelah itu ambil satu doh tadi dan leperkan di atas tapak tangan dan isikan 1 camt inti kelapa, tutupkan semula doh tadi supaya menjadi bulat
  9. lakukan proses ini sehingga habis doh tadi digunakan
  10. ambil satu doh golekkan ke atas bijan supaya elok melekat menutupi keseluruhan
  11. lakukan sehingga habis
  12. panaskan kuali dengan minyak yang banyak dan gorengkan sehingga masak dan keperangan
  13. angkat dan hidangkan
  14. jika tidak mau digoreng kesemuanya bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara tanpa digolekkan dengan bijan
note: petua untuk kuih bom tidak meletup dan merekah - minyak mesti banyak dan biar digoreng terendam, minyak jangan terlalu panas, jangan digoreng terlalu lama, terus menggoreng selepas siap dibuat dan jangan dibiarkan pada suhu bilik.

Saturday, November 22, 2008

Award dr Ah Mat Gebu

ihik.....comel jerk monkey nih kan... thnx mat kerana sudi adiahkan hana award cute nih! n kene panjang2kan sampai 7 personaliti tau..

Syarat award ini adalah seperti berikut yer :
  1. Sapa yang dapat award nih leh letak dalam blog memasing
  2. Link semula kepada orang yang bagi award ni kat korang
  3. Bagi award nih kat 7 orang bertuah
  4. Tinggalkan la mesej pemberitahuan yang korang dah bagi award kat orang tu
Mereka yang menerima award ini adalah..... jeng jeng jenggg.. hehehe...
1. Intan Eire
2. Suzi
3. Azza
4. K. Ctdelima
5. Noreen
6. K.Ummi
7. K.JoAyee

Kad dari Azza

cantik2 kad azza bagi nih... mmula mmg plan nak framekan yg byk2 tuh.. tapi bila masuk blog k.min tgk dia dah buat dulu apalagi aku pon cilok la! hahahaha.... jgn mare er k.min! td kan dh bg 2 posen! ok per dpt bli aiskrim mesia sebatang! hihihi... ampunnn... ppon nk ucap tima kasih pada azza coz sudi bg kad nih kat hana... moga persahabatan kita akan berkekalan wat selama2nya... aminnn...

Tempura Chicken Fried Rice

mokcik hana malas bebeno ler arinih! wat nasi goreng jerr... tapi tak wat pedas la sbb anak2 tak makan pedas.. tuh yg tenggek sambal semalam.. pergh! kaww kaww.... hehehe.. tmbh pulak ngan keropok ikan! fuiyooo! tapi btul nasi nih sedap! cilok resepi kat dapur noreen... thnx noreen! kopipes yer yang...ampunn... :D

Bahan-bahan

Bahan2 untuk nasi goreng:
1 mangkuk nasi putih
1 cawan sayur campur
200gm udang kecil - dibuang kulit
2 sudu makan sos ikan (sos nampla)
1 sudu makan kicap pekat
garam & serbuk perisa secukup rasa

2-3 biji telur

Bahan2 dikisar/ditumbuk:
12 biji cili padi - kalau nak pedas boleh lebihkan
1 sudu makan udang kering - direndam terlebih dahulu
1 batang serai - dihiris halus
5 ulas bawang putih

Bahan2 untuk ayam tempura:
300gm isi ayam - dipotong memanjang atau ikut suka
1 paket tepung tempura - yang siap dijual
air sejuk secukupnya - air di dalam fridge
sedikit serbuk lada sulah

cara:
  1. panaskan minyak dan gorengkan telur. pecah2kan dan ketepikan
  2. Untuk membuat nasi goreng: kemudian masukkan sedikit lagi minyak dan tumiskan bahan2 kisar sehingga wangi dan garing
  3. masukkan udang, kacau sebentar
  4. kemudian masukkan pula nasi, sayur campur, sos ikan, kicap, garam dan serbuk perisa secukupnya
  5. kacau sehingga rata dan sebati (garam jangan terlalu banyak sebab sos ikan sudah masin)
  6. akhir sekali masukkan telur goreng tadi dan gaulkan sehingga sebati
  7. angkat dan masukkan ke dalam pinggan
  8. untuk ayam tempura: bancuh tepung dengan air sejuk (peraturan ada ditulis di kotak/packaging)
  9. masukkan sedikit serbuk lada sulah dan kacaukan sehingga sebati
  10. panaskan minyak biar banyak dan celupkan ayam ke dalam adunan
  11. goreng sehingga masak dan garing secara deep fry
  12. angkat dan hidangkan bersama2 dengan nasi goreng tadi

note: nasi goreng nie memang sedap lain dari yang lain (btul cakap noreen nih! tk caya korang cubelah! hehehe )

Garlic Spaghetti

request en.hb dah lama...tapi aku jerk yg maleh nk wat! alang2 arini cuti n tahap kemalasan aku melampau so aku buat la spaghetti kegemaran my laling ni! sonang baitu nak buat... klu g restoran pon spaghetti ni jerk yg dia order.. aku pulak suka yg bolognese tuh.. hmm lain tekak lain la selera kan.. jom layan resepi nih... amik kat allrecipes.

INGREDIENTS
  • 1 (16 ounce) package spaghetti
  • 10 cloves garlic, minced
  • 1/4 cup olive or vegetable oil - hana gune olive oil
  • 1/4 cup minced fresh@dried parsley
  • 2 teaspoons dried oregano
  • 1 teaspoon salt
  • 1/4 teaspoon pepper
  • 1/2 cup grated Parmesan cheese
  • eggs half cook - optional
DIRECTIONS

Cook spaghetti according to package directions. Meanwhile, in a skillet over low heat, cook garlic in oil until lightly browned. Remove from the heat; stir in parsley, oregano, salt and pepper. Drain spaghetti; place in a large bowl. Add garlic mixture and Parmesan cheese; toss to coat and put egg on top.

Friday, November 21, 2008

Sambal Ikan Bilis Cili Padi

sambal nih mmg peberet aku n en.hb.... kat umah mak mmg nih ler hidangan wajib kluarga kalau semua anak2 balik... sedap woooo... kadang tuh mak@aku tumis jerk semua.. pon sedap jugak! bese mak aku sebut sambal tutuk.. jawa la katakan... aritu mak kirim banyak sgt cili padi semata2 nak perkenankan anak dia nih yang rindu sgt ngan sambal nih! hihihi... kesian mak! abis togel cili kat belakang umah tuh! kihkihkih.... resepi sama cam resepi kak G! thnx kak G! nk kopipes ye kak.. ampunnnn... :D

Bahan-bahan
  • 20 biji cili api (digoreng)
  • 2 ulas bawang putih (digoreng)
  • 1 biji bawang besar
  • segenggam ikan bilis (digoreng)
  • secubit garam
  • 2 biji limau kasturi

Cara-cara

  1. Tumbuk cili api, bawang putih dan bawang besar bersama sedikit garam
  2. Masukkan ikan bilis, gaulkan dgn sudu, hancur2kan sedikit
  3. Perahkan limau kasturi, sedia utk dihidangkan :)

Tanda Ingatan dan Terima Kasih dr Suzi n Maxx

bunga cantik nih dari suzi. thnx suzi yer... moga persahabatan kita berkekalan hendaknya.. aminnn..yang nih plak dari maxx.. dia kata.. nak suruh org2 yg duk obersea nih (hana la nih) igt kat kg halaman... uwaaaaaaaa.... mana boleh aku lupa maxx! manyak winduuuu oooo!! thnx maxx yerk! terus nak nyanyi lagu kopratasa tuh! hahahaha...

Thursday, November 20, 2008

Rich Chocolate Moist Cake

dah lama juga tekak nih sebenonyer nak makan kek cekelat.. stat tgk kat myr, pastu sembang2 ngan azie,pastu lak ngan jiya@14sept, pastu mlm tadi sembang plak ngan aishah, pastu pagi tadi borak plak ngan k.min... semua pasal kek cekelat! akhirnya..akhirnyaa.... godaan itu tewas juga di tanganku! muahahahaha.......wpon sebenonyer malas nak masuk dapur sbb sejukkk! huhuuuu... kek nih mmg rich sgt ler ngan cekelatnyer tuh! n moist! sbb aku kukus.cume merekah jek..tk tau nape maybe sbb api kuat sgt kot..tapi yg penting rasa dia mmg besh! resepi cilok kat dapur noreen...thnx noreen! ampunn kopipes yerk! :D kita wat setengah adunan jerk..

Bahan-bahan:
6 oz (170gm) mentega
14 oz (397gm) gula kastor
3 biji telur

Bahan2 A - dibancuh:
1 sudu teh nescafe
1 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh chocolate atau coffee emulco / chocolate atau coffee paste

Bahan2 B - diayak bersama:
8 oz (226gm) tepung high protein (tepung roti) - boleh juga digunakan self-raising flour atau tepung kek (hana gune tpg roti - 1st time wat kek gune tpg roti)
2 1/4 oz (64gm) serbuk koko
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder

7 oz (200ml) air sejuk - hana lebihkan skit sbb nk moist..pandai2 jek haku! :D

Cara-cara
  1. griskan loyang kek saiz 9" dan lapikkan dengan parchment paper, ketepikan
  2. pukul mentega dan gula dengan mixer sehingga gebu dan kembang. apabila di angkat adunan tidak jatuh
  3. masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi
  4. kemudian masukkan bahan2 A tadi sambil dipukul lagi
  5. setelah itu dengan menggunakan whisker, masukkan Bahan2 B sedikit demi sedikit sambil dipusingkan whisker dengan satu arah sahaja secara perlahan2 sehingga adunan rata dan sebati
  6. masukkan air sejuk sambil di kacau lagi sehingga sebati
  7. tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan hentakkan sedikit loyang supaya mengeluarkan angin
  8. bakar pada suhu 170C selama 50-60 min atau sehingga masak. suhu bergantung pada oven masing2
  9. setelah siap keluarkan dari oven dan biarkan ianya betul2 sejuk barulah disapukan dengan chocolate icing
note: jika inginkan kek lagi moist bolehlah dikukuskan selama 1 1/2 jam dan tutupkan loyang kek dengan aluminium foil

Hari kedua yuki...

huhuuuu...xde kije gaknyer aku ni ppgi! muahahaha..salji tgh turun lagik.. arini byk skit dari smlm.. n sejuknyer pon makin bertambah2! sory gamba tk berapa clear coz mls nk tuko zoom! huhuuuuuu..layan la dulu....nak basuh kain,nak lipat kain,nak vakum,nak itu, nak ini, bla bla bla blaaa......

Wednesday, November 19, 2008

Award dr Kak Ctdelima

sebelum nih dh dapat dah award lain dr k.ct n cikmat nih..tapi dia kata yg lama abaikan.. dia suh amik yang ni plak... ade la kot tuh sebab2nyer yang tidak diketahui.. xpo la.. dah org suh amik, amik jerk la! byk songeh betul budak hana nih! hehehehehe... ampunnn k.ct! ppon mekasih banyak2 atas award nih! masak mmg kene sedap..kalau tak sedap nanti takde sapa nak makan! hehehehe....... thnx sis n bro.... ade lagik ulur2 la lagik! hahahaha.... :D tapi tag tak mau! aci tak???? :D

Hatsuyuki daaa....

bangun tdo bukak tingkap tgk salji dah turunn...huhuuuu...rasa musim luruh baru nak mula tapi salji dah turun... nih la ari pertama salji.. tgk ramalan cuaca 2 tiga ari ni akan turun salji.. nk turun lebat2 maybe next month.. nnti hana paparkan kisah2 selanjutnya.. ceh! mcm baca brita plak..muahahahaa... layann...


ayahanda anta anakanda g skool naik bas skola..

Tuesday, November 18, 2008

Buah!

sajer nak cter pasal buah la pulak...asyik cter psl menu yg menggemokkan jerk kan! bior ler balance la gak ngan buah2an..kan kan kan.. hahaha pandai pulak dak hana nih nak berceramah yerk! :D yg oren tuh buah kaki@persimmon . ada yg tau kot.. sejak pertama kali makan aku berkonan beno ngan buah nih... lagi pulak kat sini tgh musim. smpai tak terlayan pon oghang jepong ni haa..duk gayut2 buah tu atas pokok! kita yg lalu lalang nih geram jer nengok! klu tk nk makan, hulur2 ler kat aku ni hah! muahahaha... nk mintak sogannnnn... :D

nih plak rasanya semua orang tau... olive@buah zaitun.. tapi aku suka yang jenis jeruk nih la.. bese letak kat pizza la kan...tapi aku suka ratah jerk! mcm jeruk2 kat mesia tuh! sedap la weii! masam?? ermmmm mmg la masam tapi x la masam sgt.. ok jerk tekak aku nih layan.. kadang tuh satu botol tuh kejap jerk aku abihkan.. hehehehe..

Award dr IntanJB,Azza n Ummi Eyna


award lagikkk?? hihihi.... alhamdulillah murah rezeki.... trima kasih banyak2 wat k.intan,azza n ummieyna kerana menganugerahkan hana award nih.. apa yg best pon tak tau la.. hehehe ppon hana amat menghargai setiap award yg hana terima. moga persahabatan kita akan terus berpanjangan ye... :) hana nak panjangkan gak terutamanya buat k.ummi kuantan (sumber inspirasi hana ni tau! :) , cikmatgebu (tabik btol ngan org bujang cam cikmat nih), kak.G (blog k.G ni lain dr yg lain tuh psl best! ), 14sept (sebenonyer baru kenal tapi bila masuk blog ni rasa cam best gtu! :D ) n semuaaaaaaa laaa... mmg best blog korang! yuhuuuuuuu.. amik ler!

Chocolate Caramel Cheesecake

dah lama tak makan ciskek... sedap gler ciskek nih! asyik wat ciskek bese2 jerk kan.. so kali nih wat luar biasa la konon2nyer.... ngeh ngeh ngeh... resepi nih aku cilok kat resipi.net oleh mummyroz. tengok sekali jek dh terpikat..per lagik barang pon semua ada, so balun la wat ciskek! muahahaha.. meh tengok resepi.. nama asal Snickers Cheesecake

Bahan-bahan
Crust
  • 200 gm Digestive biscuits, di hancurkan - hana gune sekut merie
  • 100 gm butter, dicairkan
  • Cheesecake Filling
  • 750 gm cream cheese
  • 90 gm castor sugar
  • 3 (A) eggs
  • 1 tsp vanilla essence - hana letak lemon jus
  • 3 snickers bar (dipotong jadi kiub2 kecik)
Topping - Chocolate Ganache
  • 150 gm Whip Cream
  • 200 gm Dark Choc
  • 100 gm peanuts, roasted, chopped
  • Caramel Sauce
  • 1/2 cup brown sugar
  • 1 cup whipping cream (guna emborg)
  • 1 tbsp butter
  • Place brown sugar, whip cream and cook until ticken. Stir in butter. Let cool.
Cara-cara
  • Prepare Crust, bakar sekejap dalam 10 minit dan sejukkan.
  • Pukul Cream Cheese dan gula.
  • Masukkan telur, satu persatu, dan vanilla essence.
  • Masukkan cheesecake batter, cukup untuk menutup permukaan crust.
  • Susun snickers yg dah dipotong ke atas cheesecake batter. Press it down to avoid air bubbles.
  • Masukkan lebihan cheese batter ke atas snickers dan bakar 160c selama 60 minit.
  • Bila dah masak, biarkan dalam oven selama 1 jam. Kemudian masukkan dalam peti sejuk.
  • Keluarkan dari loyang.
  • Tuang choc ganache and sprinkle with chopped peanuts.
  • Kemudian sprinkle caramel sauce di atas chopped peanuts.

Sotong Percik

yang nih pon sedap! setelah berkurun lama resepi nih duk terperam akhirnya berjaya jugak aku melaksanakannya...muahahahaaa... k.nor! meh ler jamu sotong percik kita pulak! hehehehe x jumpa la plak sotong gajah..nih cucu sotong gajah kot! hahahahaa... ppon thnx kat k.ita@rossitamz atas resepi yg mabales nih! hana tmbh skit jerk sesudu santan pekat utk lagik lemak.. hihihi... ampun k.ita! :D nk kopipes yerk! heeeeee...

Bahan-bahan
  • 8 ekor sotong yang besar
  • 10 biji cili kering (**)
  • 5 biji cili padi (**)
  • 5 biji cili merah (**)
  • 1 labu bawang besar (**)
  • 2" halia (**)
  • 2" lengkuas (**)
  • 2 batang serai (**)
  • 1 helai daun kunyit - dihiris halus
  • 4 helai daun limau purut - dihiris halus
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 sudu besar air asam
  • Garam dan perasa secukupnya

Cara-cara

  1. Bersihkan sotong dan potong tak putus.
  2. Sapukan sedikit garam pada sotong dan bakar hingga masak. Kemudian susun didalam pinggan.
  3. Kisar bahan2 bertanda (**). Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan2 yang telah dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
  4. Masukkan serai yang telah dititik, daun kunyit, daun limau, air asam beserta garam dan perasa. Masak lagi hingga mendidih.
  5. Tuangkannya ke atas sotong yang telah disusun di dalam pinggan. Siap..!!

Monday, November 17, 2008

From CikMin


blk dari umah k.min tadi, sajer angkat2 tgn tayang jari yang tgh berkilau2 nih... huiiiii sapo tak suko dapat cincin berlian nak oiiiiii!! kaler nih mmg peberet aku ler... sesuai beno kalau tuko yang lama ngan yang nih...hihihi... ado2 jo la dak hana nih! ppon thnx kat k.min atas cincin yg cantik cute miut nih! kalau ade lagik tuh bagi2 ler lagik! hahahahahaha... lebiu u too k.minn!

From Eda

yang nih plak dari edazman.. arini ari menerima anugerah.. mcm dak sekolah jugak la kan ujung2 tahun ari anugerah kecemerlangan.. hehehehe.. ppon nk ucapkan trima kasih banyak2 pada eda coz sudi bagi award nih.. thank you jugak sbb sudi jd kawan hana ye..... :) nak p jalan2 jgn lupe ole2 utk org kat sini.. nak2 kuching yang tertenggek kat Kuching tuh! hihihi.. jgn mare eda! :D n hana nk panjang2kan juga ucapan nih utk semua pengunjung setia hana yang sudi berkunjung ke blog hana ni...amik la yer... jgn segan silu! :)

Special Award fr Kak G

sesungguhnyer tidak menyangka kak G sudi menghadiahkan award nih khas utk hana... trima kasih yer kak G! terharu sungguh lerr... friendly ke hana nih? alhamdulillah kalau ianya dapat menyenangkan hati kak G n semua kengkawan.. tanpa kak G n kengkawan semua sape la hana ngan blog yg buruk nih... huhuuuuuu... tQ tQ tQ tQ tQ soooooo muchhh! :)

Ayam Merah Masak Madu

mesti lela terkezut tgk aku dah try resepi dia yang baru masyuk tadi..hihihi.. sebenonyer lagik tadik bila dh berkenan ngan nasi myk k.ummi aku tercari2 nk padankan ngan apa nasi nih.. pahtu bila lela n3 jerk, tup terus aku berkenan ngan ayam dia tuh n apa lagik masuk 'opis' la.. hahahaha.. n konon2 nk tiru angle lela amik gambo.. tapi x dapek ler.. hampeh tul amber! bab amik gambo nih masih lam proses blaja tak study abis lagik..tuh pasal tak pandai2 wpon sebenonyer kemudahan tuh dh ada.. hahahahaa.... bukan apa, sbb buku panduan tuh dlm nihongo! tuh pasal aku tak pandai2! wakakakakaa... tkpo la..layan la resepi nih dulu k! thnx lela... sedappppp!! :D

Bahan-Bahan:
-Ayam 500gm (perap dgn garam & kunyit)
-3 sudu besar cili kisar
-6 ulas bawang merah - dikisar
-2 ulas bawang putih - dikisar
-2 sudu besar sos cili
-3 sudu besar madu
-1 sudu kecil serbuk lada hitam-ni hana tk buh
-2 biji lada besar - potong serong
-Air
- hana tmbh halia n serai ketuk serta bwg hiris.

Cara-caranya:
1. Ayam digoreng dulu, kemudian alihkan.
2. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili kisar, tumis hingga garing.
3. Kemudian masukkan sos cili dan madu.
4. Masukkan sedikit air, tunggu hingga mendidih.
5. Masukkan ayam yg telah digoreng tadi bersama-sama lada besar dan lada hitam.
6. Sedia untuk dihidang dan hias bersama daun bawang dan daun sup.

Nasi Minyak

baru tau cara wat nasi minyak yang betul..selama nih main tarah jerk aku lebur..muahahaha thnx k.ummi coz bg tips n cara yang betul wat nasi minyak.. nak tau kene g dapur k.ummi la yer.. sini hana amik resepi nyer jerk..ampun k.ummi kopipes! :D

Bahan Utama
3 cawan beras - basuh dan toskan.
3 cawan air
Campuran Minyak
Cara A:
1/2 cawan minyak jagung
3 sudu besar marjerin
Cara B:
3/4 cawan minyak jagung
Cara C: (hana gune cara yg nih )
1/2 cawan minyak masak biasa
2 sudu besar marjerin
1 sudu besar minyak sapi
Cara D:
1/2 cawan minyak masak biasa
3 sudu besar minyak sapi
Cara E:
Setengah cawan minyak jagung
3 sudu besar minyak sapi
Bahan Tambahan
1 labu bawang besar (dihiris/dimayang)
3 ulas bawang putih (dihiris)
4 cm halia (tumbuk/hiris)
Daun pandan
sedikit kulit kayu manis
buah pelaga
bunga cengkih
bunga lawang
3 sudu kecil garam
3 sudu kecil gula
1 cawan susu cair

Cara Memasak
Panaskan kuali, tumis semua bahan dengan minyak pilihan hingga garing. Tuangkan tumisan ke dalam periuk elektrik yang telah diisi sukatan air. Masukkan gula dan garam dan biarkan mendidih. Masukkan susu dan rasa airnya. (Jangan dibiarkan air mendidih lama sangat). Kemudian masukkan beras yang ditoskan tadi. Kacau rata dan tutup periuk. Biarkan nasi tanak seperti biasa. Bila nasi sudah mengering, taburlah kismis/kacang gajus goreng. Boleh juga ditaburkan daun sup/daun ketumbar.

Award dr Intan

sukernyer dapat award nih...cute jerk! mekacih kat intan yang sudi bagi award yg cute miut nih! suker sukerr..... hihihi... n nak bagi gak kat semua kengkawan hana yang selalu singgah kat blog hana nih.. terutamanya k.zana, k.ctdelima/cm, fizanordin, k.masz, alongroz, k.jo, k.min, k.LG, aishah, ela, noorma, k.ummi, k.jun, chematgebu, k.chik, wani, intanJB, k.hunny, k.anawahid, k.G, k.ton, aziemas, k.inaKL, fidah@s_shamen, hazila, edazman, noorsha, halen, k.rossitamz, suzi, amygerman, k.yani, che'iza,SL, lelayong, are, suhana, azza, kak E, zaliana, ziemummyhana, cyza (sory yerk terlupa :D) n semuaaaaaaaa yang mungkin hana lupa nak senaraikan. ampunn yer... n wat2 yg ade nama tuh jgn segan silu utk amik bwk balik umah! maybe tak sempat nk jemput semua dtg amik..so kalau masuk sini ternmpk nama2 tuh sila la yer.... :) mmuah! (CM n CMG terkecuali! ahaks) cayunk! semua!

English Muffin Burger

pagi nih aku tak masak berat ler..sempat wat nih jerk...tuk bento anakanda n en.hb... sonang kojo makcik! muahahahaaa...layan la yer... heeeee... nih resepi nak wat english muffin... request from k.hunny...

MUFFIN INGGERIS/ENGLISH MUFFIN
Sumber : Mr Alex Goh
http://mamafami.fotopages.com/?entry=1438682

Bahan-bahan :
(A)
1 1/2 sudu kecil yis kering
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil gula
300 g tepung roti
15 g susu tepung
(B)
180 ml air suam
(C)
1/2 sudu besar mentega
(D)
Semolina untuk menyalut

Kaedah penyediaan :
1. Masukkan semua bahan A ke dalam mangkuk pengadun. Hidupkan mixer.
2. Tuangkan air ke dalam tepung, sedikit demi sedikit hingga tepung bersatu.
3. Masukkan mentega dan uli hingga lembut dan licin. Tambahkan sedikit air lagi jika dirasakan perlu.
4. Masukkan doh tadi di dalam mangkuk dan balutkan dengan beg plastik yang bersih. Biarkan doh naik sekali ganda.
5. Bahagikan doh kepada 8 dan bentukkan menjadi bebola kecil.
6. Salutkan dengan semolina dan susun di atas dulang yang telah ditaburkan sedikit tepung.
7. Biarkan naik selama 20 minit dan bakar di atas kuali kalis lekat dengan api sederhana selama 7 minit. Balikkan dan masak lagi selama 6 minit. Sejukkan di atas redai dan sedia dihidangkan

Sunday, November 16, 2008

Bun Inti Kacang Merah n Sekaya

geram tengok bun k.na yang gebu smlm arini aku projek bun jugak ngan anakanda ku yang berdua iteww... si abang mintak kaya, si adik plak nk inti kacang..so aku buat dua2...tp berchinta btol yg kaya tuh...sbb cam susah nak tutup.. nak tak nak aku buat jugak sepenuh ati sbb si abang cakap boleh jek tuh mama... hahahaha... layan jerk la... resepi amik kat dapur k.liza.. thnx k.liza!

Bahan A
500 gm tepung high protien
30 gm susu tepung
80 gm gula
11 gm ibu roti [1 paket]
1 s/k pelembut roti
1 biji telur
1/2 s/k garam

Bahan B
250 ml air
80 gm majerin

Bahan C
Inti Kacang Merah
Butter
gula
sosej
kismis

Cara
1. Masukkan dan gaulkan rata semua bahan A.
2. Masukkan air dan gaulkan lagi sehingga sebati.
3. Masukkan majerin dan gaulkan sehingga adunan kelihatan sebati [ anggaran 10 minit].
4. Bahagikan adunan pada 50 gm setiap dan buatkan bulat2.
5. Bentukkan adunan mengikut pilihan sendiri.
6. Perapkan sehingga saiz roti naik sekali ganda.
7. Bakar dalam suhu 200'C selama 15-20 minit atau sehingga kelihatan masak.
8. Keluarkan dan sapukan majerin pada roti yg telah masak.